Nuffnang Ads

Jumaat, 20 September 2013

IKAN DORI SWEET SOUR

Bahan-bahannya :-

1kg IKAN DORI (boleh cari kat frozen dept pasaraya)
Serbuk Lada Sulah
Garam
Tepung Jagung
Minyak utk menggoreng

Untuk Sos :-
4-5 biji bwg putih diketuk
2-3 sudu Cili giling (ikut suka)
1 sudu Sos tiram
2-3 sudu Sos cili
1-2 sudu Sos tomato
Garam & Gula utk perasa
1 biji Bwg besar belah 6
Sayur pilihan (Brocoli/Capsicum/Jagung Muda/Carrot)

Cara-caranya :-
Ikan dori dipotong ikut suka, gaulkan dgn garam dan lada sulah. Bedak2kan ikan dgn tepung jagung..goreng sehingga garing.
Sos :- Tumiskan bawang putih, masukkan cili giling tumis sampai terbit minyak, masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato. Perasakan dgn garam dan gula. Masukkan sayur pilihan, masak seketika. Ikan digaulkan sekali dgn kuah ataupun dicurahkan sahaja. Ikut citarasa. Selamat Mencuba

Tiada ulasan: